Thursday, March 27, 2014

Training di AIMM part 1

assalamualaikum...

Sori la dh lama janji nak up entry pasal training kat AIMM sekarang baru nak up entry kan. Dah lama terperam dalam draft tu.

Ok sambung balik entry pasal training sy tu. Lepas dapat surat lapor diri which is on 20 Oct 2013, sy kena lapor diri di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), PD. So mcm biasa pegi N9. Sy pegi sendiri je naik bas.

Pagi 20hb tu daftar, tengok dlm platun mana,ujian from AADK, ambik kunci bilik. Then angkut la brg2 yg tak seberapa tu naik ke bilik. Sesi berkenal-kenalan dgn roomates. Sorg dr melaka and the other one from sarawak. Petang just serah segala dokumen2 and amanat dr pengarah AIMM.

1st day takde apa sgt. 1st week tu tak start lg kursus asas keimigresenan. Cuma PTM je stand for Program Transormasi Minda lepas sambung ke LDK 3 hari.

Habis je LDK 3 hari maka bermula ka kursus asas keimigresenan kp 17 kami. Bermula la detik2 tak cukup tido, tak sempat mandi, makan mcm nak pegi perang, berjemur tengah panas dan mcm2 lagi la. Tp it was a precious experience for me.

Jadual kt AIMM start as early as 5.30 am. Roll call utk ke surau. So pandai2 la nak bagun pukul berapa yg penting tak lewat turun roll call. Berkawad ke surau. Abe solat subuh dlm 6.15 am berkawat lg ke padang kawat untuk PT pg. Settle PT pg dlm pukul 7.30 am then breakfast smpai pukul 8 am pastu baris untuk aktiviti kawad sampai pukul 10 am. Minum pg dlm keadaan yg kalut sebab nk berebut toilet mandi kejap lg masuk kelas pulak. Tak kan la nk pegi kelas dgn bau masam kan.

Kat kelas as usual masing2 anguk je macam faham apa yg penceramah tu cakap padahal masing dh lentok dh. Hahaha
Masing2 letih. Sama la dgn sy pon.

Byk pulak menulis sampai tak de gambar kan.
Hari sukan di AIMM. Platun charlie. Pink kaler tu. 

 Atas bas outing p PD. Sepanjang 2 bulang training sekali je outing. Tu pon sampai pukul 6 ptg je.

 Depot tahanan imigresen Machap Umbo, Melaka. Charlie family.

 Taktikal but pakai untuk PKK.

Dalam bilik kuliah. Bila penceramah tak datang. Nie la kejenya.

Selepas habis training PKK seminggu. Hitam habis masa nie seminggu berkampung kat padang kawad. Belajar PCR (pasukan cegah rusuhan) ala2 mcm FRU. Pastu belajar CQB (close quater battle) then belajar t-baton. Best tp sakit lutut ya amat. Dah macam org tua gamaknye. Hihihi


P/s:next entry pasal persiapan passing out and hari passing out kami. Tp tak janji la cepat ke lambat eak.