Wednesday, May 7, 2014

My Engagement Day (25012014)

Assalamualaikum

Sy ada mention kan sebelom nie yang sy dah bertunang. Alhamdulillah another phase in my life. Actually majlis nie nak buat hujung bulan 12 tp memandangkan lepas habi training sy tak dapat cuti so majlis terpaksa la ditangguhkan ke bulan 1. Tapi ok jugak tangguh kan sempat la jugak hilang kesab sunburn sy nie. Hahaha

Tak de la legam sangat bakal mentua tgk masa nak sarung cincin. As for preparation, balik cuti sebelom nak tunang tu baru buat. Baju sy beli online je. Beli kat one of my coursemate masa kt Uitm Jengka dulu. Beli kat byfatinsuhana.com.my. sy beli baju tu sebelum habis training lagi sebab masa tu ada sales. So apa lg masa tengah murah la kita beli kan.

Sy balik cuti 10 hari alang-alang nak balik kan. Majlis buat kecik-kecik je. Tak de tempah pelamin pon. Pelamin tu ada tp DIY sendiri je. Masa kat sini sy ada beli kain utk buat shawl tp kaler dia yak masuk langsung so terpaksa la sy pegi beli kain lain masa balik kedah tu. Shawl pon sy buat simple je. Potong shawl mcm biasa cuma sy besarkan sikit then patchkan lace kat shawl tu.

Mak sy ada jugak buat kenduri sikit. Kenduri arwah plus kesyukuran. Majlis start pukul 3. Boleh pulak tunang sy (masa tu
belum rasmi jd tunang lg 😊) tak ingat jalan nak ke rumah sy. Padahal 2 hari sebelom majlis ada datang rumah sy. Hantar sy balik pegi beli cincin. Masa hari majlis tu dia ikut jalan lain sebab tu la tak ingat. Hantar aduk pulak pegi jemput family dia.

Sy pulak kat dalam bilik tu dah tak senang duduk dah. Neves kan. Owh make up sendiri je. Mula tu ingat nak suruh my BFF yang make upkan tp dia tak dapat datang. So gamble je la make up sendiri.



Nie la pelamin DIY tu. Made by me, my mum and my sis. Simple2 je.

Sy duduk pon tak lama kat pelamin tu. Lepas sarung cincin duduk kejap pastu sy bangun hidangkan makanan. Bagus tak? Haha terperasan pulak.




Hantaran pon simple jugak. Semua makanan. Nantu kahwin baru bg barang. 5 dulang berbalas 7 dulang.



Adik2 sy yg banyak tolong. Mak pon banyak tolong jugak. Tp gambar mak tak de la pulak. Busy kt dapur.















Gambar dengan tunang tak de sebab dia malu nak bergambar. Lepas tu baru menyesal tak bergambar sekali. Pastu dia bagi ayat nak sedapkan hati. "Tak pe nanti kahwin kita ambil gambar banyak lekat kt dinding rumah".

posted from Bloggeroid

Training di AIMM Part 2: Perbarisan Tamat Latihan

assalamualaikum..

Masyallah lmbt sungguh nk update pasal training kt AIMM nie. Dh masul 2nd batch dh yg pergi AIMM. Yg trining bulan 10 nie tak habis lg update.

Ok2 Jom sambung part 2 pasal training di AIMM. Ok this entry nak story mory pasal persediaan passing out and hari passing out. Start kawad masa minggu kedua kt AIMM. Ada 4 org cikgu kawad yg ajar kami. Ckg Amir, ckg Shafarin, ckg Fadli & Pn. Fid. Yg tak pandai kawad tu jgn risau sbb kt sana akan diajar sampai pandai.

Kami kawad pagi je dr pukul 8 pg sampai 10 pg. Tak lama 2 jam je. Bukan direct 2 jam kawad tao. Ada jgk ckg bg rehat. Dekat2 nk passing baru ada kawad petang. Masa tu muka jgn cakap la tahap gelap dia tu. Tunang sendiri pon kata gelap. Siap perli lg tu yg geram tu. Ada sekali tu hantar gambar masa pergi Putrajaya untuk Hari Imigresen. Dia boleh cakap "budak hitam mana ntah hantar gambar td". Adess geram pulak dgr.


Nie la gambar yg hantar kat tunang tu. Gelap sgt ke?

Utk passing out tu sy terpilih utk jd ketua platun kawalan perempuan. It was an honour for me. Masa hari passing out tu 17 Desember 2013 hujan lebat sgt pagi tu. Kami igt dah kena passing oit dalam dewan dah. Kalau buat dlm dewan penat la 2 bulan kami berkawad tgh panas and lg satu dia punya feel tu tak sama. Tp hujan tu berhenti jgk. Syukur sgt. Jom layan gambar passing out Pegawai Imigresen siri 2/2013.


















posted from Bloggeroid

Thursday, March 27, 2014

Training di AIMM part 1

assalamualaikum...

Sori la dh lama janji nak up entry pasal training kat AIMM sekarang baru nak up entry kan. Dah lama terperam dalam draft tu.

Ok sambung balik entry pasal training sy tu. Lepas dapat surat lapor diri which is on 20 Oct 2013, sy kena lapor diri di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM), PD. So mcm biasa pegi N9. Sy pegi sendiri je naik bas.

Pagi 20hb tu daftar, tengok dlm platun mana,ujian from AADK, ambik kunci bilik. Then angkut la brg2 yg tak seberapa tu naik ke bilik. Sesi berkenal-kenalan dgn roomates. Sorg dr melaka and the other one from sarawak. Petang just serah segala dokumen2 and amanat dr pengarah AIMM.

1st day takde apa sgt. 1st week tu tak start lg kursus asas keimigresenan. Cuma PTM je stand for Program Transormasi Minda lepas sambung ke LDK 3 hari.

Habis je LDK 3 hari maka bermula ka kursus asas keimigresenan kp 17 kami. Bermula la detik2 tak cukup tido, tak sempat mandi, makan mcm nak pegi perang, berjemur tengah panas dan mcm2 lagi la. Tp it was a precious experience for me.

Jadual kt AIMM start as early as 5.30 am. Roll call utk ke surau. So pandai2 la nak bagun pukul berapa yg penting tak lewat turun roll call. Berkawad ke surau. Abe solat subuh dlm 6.15 am berkawat lg ke padang kawat untuk PT pg. Settle PT pg dlm pukul 7.30 am then breakfast smpai pukul 8 am pastu baris untuk aktiviti kawad sampai pukul 10 am. Minum pg dlm keadaan yg kalut sebab nk berebut toilet mandi kejap lg masuk kelas pulak. Tak kan la nk pegi kelas dgn bau masam kan.

Kat kelas as usual masing2 anguk je macam faham apa yg penceramah tu cakap padahal masing dh lentok dh. Hahaha
Masing2 letih. Sama la dgn sy pon.

Byk pulak menulis sampai tak de gambar kan.
Hari sukan di AIMM. Platun charlie. Pink kaler tu. 

 Atas bas outing p PD. Sepanjang 2 bulang training sekali je outing. Tu pon sampai pukul 6 ptg je.

 Depot tahanan imigresen Machap Umbo, Melaka. Charlie family.

 Taktikal but pakai untuk PKK.

Dalam bilik kuliah. Bila penceramah tak datang. Nie la kejenya.

Selepas habis training PKK seminggu. Hitam habis masa nie seminggu berkampung kat padang kawad. Belajar PCR (pasukan cegah rusuhan) ala2 mcm FRU. Pastu belajar CQB (close quater battle) then belajar t-baton. Best tp sakit lutut ya amat. Dah macam org tua gamaknye. Hihihi


P/s:next entry pasal persiapan passing out and hari passing out kami. Tp tak janji la cepat ke lambat eak.