Thursday, May 28, 2015

Life After Married

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik dah 6 bulan bergelar isteri kpd Mohamad Khairul. Sekejap je rasa dh setengah tahun kahwin rupanya. Kehidupan lepas kahwin...everything soo beautiful sungguh indah. Nak keluar berdua balik tengah malam pon dah tak da orang nak marah. Buat la nak buat apa pon, dapat pahala lg. Masak utk suami dpt pahala, suami balik kerja penat-penat bagi air kat suami dapat pahala, tolong picit badan suami dapat pahala. See senang betol nak dapat pahala bila dah bergelar isteri nie..

As for me still in long distant marriage. Sorang kat selatan and sorang lg kat pantai timur. Sebulan sekali baru jumpa. Tu pon kalau suami tak da operasi or kursus. Kalau tak mahunya 3 bulan baru nak jumpa. Rindu tu tak payah cakap la hanya Allah je yg tahu. Bila dh jumpa tu memang use the quality time betol-betol. Memang akan pastikan masak untuk suami, iron baju keja dia tp kadang-kadang je la sbb baju dia tak payah iron pon. hehehe

Sometime kesian sgt kat suami bila dia mengadu sunyi sorang-sorang kat rumah. As a wife memang akan rasa bersalah sebab tempat seorang isteri kan di sisi suami. Tapi nak buat macam mana tuntutan tugas saya memerlukan saya berjauhan dengan suami. Sabar ye syg tak lama dah kita nak berjauhan. Insyallah ada rezeki dapat jugak kita duduk sekali. Bila dah PJJ nie trust is very important. Memang kena percaya pasangan.



posted from Bloggeroid

Monday, December 15, 2014

Mrs. Aisyah

Assalamualaikum

Alhamdulillah pada 21 November 2014 bersamaan 28 Muharram 1436H pukul 5.21 ptg dengan sekali lafaz saya telah menjadi milik Mohamad Khairul bin Salleh. Syukur tak terhingga Allah telah permudahkan urusan perkahwinan kami. Semoga perkahwinan kami kekal bahagia hingga ke syurga.






posted from Bloggeroid

Thursday, June 12, 2014

Al-Fatihah

Assalamualaikum

Baru berkesempatan menulis entry nie. Hold dulu sbb sebak je nak start menulis. Actually mak kepada tunang sy dh kembali ke rahmatullah pada 28 Mei 2014 bersamaan hari Rabu. Berita yg sangat mengejutkan sebab arwah nie tak de sakit yg teruk just darah tinggi je. Malam tu arwah makan durian then pagi tu pening-pening then tak sedarkan diri. My future FIL bawak g hospital and arwah dah tenat. Masa tu tunang sy kat Kelantan. Dia kerja sana. Kebetulan pulak pagi tu upacara perasmian penutup kursus yang dia attend 3 bulan. Habis je upacara tu terus dia balik Kedah. But tak sempat jumpa arwah mak. Arwah meninggal pukul 11 lebih. Tunang sy smpai pukul 3 ptg. Sy pon masa tu still kat kampung tak habis lagi cuti.

Sebelom tu hari Sabtu 28 Mei tunang sy balik Kedah sebab nak pergi beli barang kahwin. So dia bawak sy jumpa arwah. Itu la kali kedua sy jumpa arwah lepas majlis tunang tempoh hari. Rasa terkilan sangat sebab tak dapat kenal arwah lebih rapat lg.

Kesian sgt tengok keadaan tunang sy masa tu. Yela anak manja emak. Be strong ye syg. I''ll always be by ur side. He keeps on telling me that he miss his mum. Oh sayang you make my tears drop. Sabar sayang Allah lebih sayangkan mak.


First and last gambar dengan arwah.


P/S: Sy doakan roh mak ditempatkan di kalangan org2 beriman.

posted from Bloggeroid